HomeUtama'Sultan Melaka' Meninggal Dunia

‘Sultan Melaka’ Meninggal Dunia

Read Time:44 Second

KUALA LUMPUR: Individu yang pernah mendakwa dirinya sebagai ‘Sultan Melaka’ Tuanku Raja Noor Jan Shah meninggal dunia hari ini dipercayai akibat COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan melalui laman Facebook Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah.

“Assalamualaikum. Dukacitanya dimaklumkan bahawa Tuanku Raja NoorJan Shah telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.

“Salam takziah buat Tuanku Zaidatul Mardiah Yussuf (isteri) serta seluruh ahli keluarga dan kerabat,” katanya.

Noor Jan Shah, 64, sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa merupakan ‘Sultan Melaka’.

Malah pada 2019, Allahyarham pernah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan menyamar sebagai ‘Sultan Melaka’.

Noor Jan didakwa melakukan kesalahan itu pada Majlis Istiadat di A’Famosa Resort Melaka, Alor Gajah, pada jam 10 malam, 28 Disember 2013.

Bagaimanapun, Allahyarham dibebaskan daripada pertuduhan tersebut berikutan kegagalan pihak pendakwaan menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh.

RELATED ARTICLES
Utama

Generasi muda perlu rebut peluang dalam industri pertanian – Amisah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya