HomeUtama‘Keluarga Malaysia’ Diyakini Menstabilkan Politik Negara & Menjaga Kesejehteraan Rakyat -Bung

‘Keluarga Malaysia’ Diyakini Menstabilkan Politik Negara & Menjaga Kesejehteraan Rakyat -Bung

Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Pendekatan baru ‘Keluarga Malaysia’ yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob sangat tepat pada masanya di saat krisis politik, pandemik kesihatan serta setuasi   ekonomi  yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Keluarga Malaysia menuntut kebersamaan semua pihak dalam menghadapi  situasi ini

Katanya, Keluarga Malaysia juga menuntut muafakat serta semangat solidariti semua pihak untuk saling berganding bahu menangani situasi  mencabar yang dihadapi negara ketika ini.

“Dengan pengenalan dan pendekatan baharu Keluarga Malaysia,ternyata ianya amat penting untuk  seluruh rakyat Malaysia terus maju dan bergerak ke hadapan sebagai sebuah keluarga merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum demi membangun negara.

“Ikatan serta  nilai kekeluargaan ini  amat penting ketika kita berhadapan dengan  suasana getir  untuk menjayakan agenda utama pemulihan negara” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini bagi mengulas ucapan sulung Perdana Menteri ke-19 petang kemarin.

Perdana Menteri dalam ucapan sulungnya kelmarin memperkenalkan pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ bagi mengajak semua pihak termasuk Ahli Parlimen pembangkang untuk bersama-sama memulihkan ekonomi dan menangani masalah penularan pandemik COVID-19 secara menyeluruh.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, kebersamaan semua pihak bersama kerajaan terbukti dengan keterbukaan Perdana Menteri  melalui rentas parti dengan mempelawa pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 yang sewajarnya di sahut oleh pihak pembangkang.

“Semua pihak perlu bersatu melupakan segala perbezaaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu Bung menambah  komitmen Kerajaan dibawah kepimpinan Perdana Menteri dalam menjaga kesihatan rakyat terbukti dengan kesediaan kerajaan membuat pembelian tambahan sejumlah 6 juta dos vaksin yang sudah tentu Sabah akan menerima agihannya berdasarkan kepada keperluan yang ketika ini  belum mencukupi

“Kita beterima kasih kerana kerajaan terus memperhebatkan inisiatif dan strategi dalam meningkatkan liputan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang berlangsung dimana kita yakin melalui  program ini pandemik COVID-19 akan dapat dilandaikan dan sektor ekonomi akan dapat dipulihkan segara” katanya.

Sehubungan dengan itu Bung berkata kerajaan negeri (GRS) akan terus mendokong usaha serta kesungguhan Perdana Menteri dalam menjayakan agenda Keluraga Malaysia terutamanya dalam menangani isu kesihatan dan ekonomi rakyat di negeri ini yang terjejas dengan penularan Pandemik COVID-19

“Seperti saya maklumkan sebelum ini kita akan pertahankan kerajaan GRS, selari dengan mandat yang diberikan oleh rakyat selepas PRN tahun lepas bagi menjaga kestabilan politik,ekonomi dan kesihatan rakyat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya