COVID-19: 41 Kes Kematian Baharu Tertinggi Dilaporkan Di Sabah
Sebanyak 41 kes kematian akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah yang tertinggi di negeri Sabah setakat ini iaitu melibatkan 19 kes di Kota Kinabalu, lima kes di Sandakan, empat kes di Tuaran, Penampang danKeningau masing-masing mencatatkan tiga kes, Beaufort, Lahad Datu dan Kalabakan masing-masing mencatatkan dua kes dan satu kes di Tenom.