HomeIsu tempatanAinun Tempat Ketiga Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2021

Ainun Tempat Ketiga Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2021

Read Time:1 Minute, 17 Second

SIPITANG: Menerusi tajuk ‘Bercakap Benar: Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong’ Ainun Nasibah Johar berjaya menyandang tempat ketiga Pertandingan Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2021.

Menurut ibu kepada tiga orang anak itu, ia merupakan pertandingan ketiga selepas pertandingan pertama anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka 10 tahun lepas dan memperoleh saguhati.

“Pertandingan kedua ialah Pidato Perpaduan Peringkat Kebangsaan secara atas talian dan berjaya menyandang naib johan.

“Bagi pertandingan pada kali ini, saya membuat beberapa persediaan seperti membaca buku serta mencari maklumat menerusi internet bagi menguatkan hujah.

“Selain itu, saya meluaskan pembacaan mengenai akta, perlembagaan dan isu-isu semasa bagi mempersiapkan diri bagi sesi soal jawab,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ainun yang bertugas sebagai guru di SK Ulu Bole Sipitang selama 7 tahun berkata, kemenangan yang diperoleh merupakan hasil sokongan daripada suaminya, Abdul Hannan Abdul Rahman yang menjadi tulang belakang dalam mana-mana pertandingan yang disertai.

“Selain suami sebagai pendokong utama, ahli keluarga, warga Jabatan Penerangan Sabah serta rakan-rakan pemuisi D’Bayu, Facebook turut menyemarakkan lagi semangat,” katanya lagi.

Untuk rekod, pertandingan Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2021 disertai enam wakil terbaik dari 15 buah negeri dan diadakan secara siaran langsung menerusi laman sosial Facebook dan Youtube, Jabatan Penerangan Malaysia.

Pada pertandingan itu, Muhd Nazmie Muhd Nasir, dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dinobatkan sebagai johan membawa pulang wang tunai RM3,000, sebuah plak dan sijil penyertaan manakala naib johan jatuh kepada peserta dari Melaka, Mohd Amiruddin Md Nor memenangi wang tunai RM2,000 berserta plak dan sijil penyertaan manakala tempat ketiga menerima wang tunai 1,000 berserta plak dan sijil penyertaan. – PENERANGAN

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya