HomeIsu tempatanRakyat Disaran Tampil Derma Darah Bantu Tangani Masalah Kekurangan Bekalan Darah

Rakyat Disaran Tampil Derma Darah Bantu Tangani Masalah Kekurangan Bekalan Darah

Read Time:1 Minute, 33 Second

LAHAD DATU: Rakyat khususnya di daerah ini disaran untuk tampil menderma darah membantu pesakit yang memerlukan termasuk bagi menangani masalah kekurangan bekalan darah di Hospital Lahad Datu.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama Mizma Appehdullah berkata, amalan itu merupakan satu sikap yang baik dan mulia kerana mampu membantu menyelamatkan nyawa orang lain.

“Mereka yang sering menderma darah boleh memperolehi faedah yang disediakan kerajaan termasuklah rawatan percuma di hospital kerajaan.  Penderma juga akan dapat mengetahui status kesihatan mereka dari semasa ke semasa,” katanya.

Mizma berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Program Derma Darah di Kampung Jaya Lahad Datu, di sini,semalam.

Katanya, program yang diadakan itu adalah anjuran bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Jawa, Ketua Kampung dan Hospital Lahad Datu.

“Pada program kali ini, seramai 15 orang kakitangan Hospital Lahad Datu yang diketuai Dr. Thiaggu dan Dr. Keeshan ditugaskan untuk menjayakan program ini.

“Sebanyak 40 pain darah berjaya dikumpul pada program ini dan itu adalah yang tertinggi direkodkan berbanding program lain yang pernah dianjurkan,” katanya.

Dalam pada itu, Mizma berkata, inisiatif dan usaha menerusi pelaksanaan program derma darah itu akan dapat membantu menambah bekalan darah yang sering kekurangan di hospital-hospital kerajaan di negeri ini.

“Program derma darah yang diadakan itu jelas membuktikan bahawa masyarakat sangat prihatin dan bertanggungjawab membantu orang ramai.  Justeru, saya menyeru masyarakat agar tampil dan memberikan sumbangan dalam konteks pendermaan darah,”katanya.

Tambahnya, dengan menderma darah sekali seumur hidup mampu menyelamatkan satu nyawa dan memberikan kehidupan baharu kepada mereka yang memerlukan.

“Apa yang pasti, program seumpama ini tentunya menuntut kerjasama dari setiap lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama,” katanya.

 “Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya pihak hospital, Ketua Kampung, JPKK dan penduduk yang hadir. Semoga program ini akan dapat membantu masalah kekurangan bekalan darah di Hospital Lahad Datu,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya