DUN Sabah: JKNS Laksana Perancangan & Persediaan Hadapi Peningkatan Kes COVID-19 Di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:2 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah melaksanakan perancangan dan persediaan untuk menangani kes COVID-19 yang terus meningkat di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, antara tindakan pantas dan proaktif yang telah dan akan dilaksanakan termasuklah menukar fungsi wad-wad biasa dan ruang hospital kepada wad COVID-19.

“Sehingga 8 September lalu, jumlah wad tambahan dijadikan sebagai wad COVID-19 di seluruh Sabah adalah 35 dan jumlah tambahan kapasiti katil wad adalah 771.

“Selain itu, JKNS juga telah bertindak untuk mewartakan 15 hospital tanpa pakar untuk menjadi Hospital Hybrid COVID-19 bagi menampung pesakit stage 3 dan 4 atau pesakit advanced care dengan tambahan 193 katil,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Dr Jaujan Sambakong (Warisan- Sulabayan) yang bertanyakan berapakah jumlah peruntukan yang diperolehi daripada Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri sepanjang berlakunya pandemik COVID-19 dalam tempoh tahun 2021 dan apakah pecahan agihan-agihan bantuan tersebut.

Masidi berkata, hospital Hybrid COVID-19 itu akan dapat menampung pesakit dari dearah berkenaan tanpa perlu dihantar ke hospital tertentu.

Katanya, setiap hospital mempunyai pakar yang merawat pesakit secara fizikal mahupun secara virtual atau atas panggilan.

“Pengaktifan COVID-19 Assessment Centre (CAC) dan Perkhidmatan Home Monitoring Call Center (HMCC) di semua daerah di negeri Sabah bagi mengurangkan kemasukan pesakit kategori 1 dan 2 ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Risiko Rendah (PKRC) dan Hospital di laksanakan.

“Selain itu, lebih banyak katil dapat disediakan untuk menampung dan mengoptimumkan rawatan bagi pesakit positif COVID-19 kategori 3, 4 dan 5. Sehingga 5 September lalu, jumlah CAC dan HMCC di Sabah adalah 34,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, penyumberluaran atau outsourcing pesakit bukan COVID- 19 ke fasiliti swasta telah dilaksanakan bersama fasiliti swasta sejak awal tahun ini.

Katanya, pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang telah di hantar ke KPJ Sabah Specialist Hospital dan Gleneagles Hospital Kota Kinabalu bagi menjalani pembedahan atrio-venous fistula (AVF) bagi membolehkan pesakit menjalani hemodialsis.

Tambahnya, selain itu, pesakit kanak-kanak dengan masalah jantung turut dihantar ke Semenanjung Malaysia bagi corrective heart surgeries di Institut Jantung Negara (IJN).

“Proses rundingan semula bersama fasiliti kesihatan swasta seperti Jesselton Medical Centre, KPJ Sabah Specialist Hospital, Gleneagels Hospital turut dilaksanakan manakala Tawau Specialist Medical Centre telahpun mula menerima pesakit yang dirujuk daripada Hospital Tawau sejak 11 Ogos 2021.

“Selain itu juga, penyediaan lebih banyak katil ICU/ Kritikal dibuka dengan ‘Conversion’ OT atau ‘Acute Bay’ akan dijadikan sebagai Unit Rawatan Rapi (ICU) selain mewujudkan Field Hybrid ICU di Hospital Tawau dan menambah bilangan katil separa kritikal di hospital-hospital daerah,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, JKNS turut merancang untuk mewujudkan Field Hospital/ Makeshift Treatment Center di Tawau yang dijangka akan dimulakan pada pertengahan atau akhir bulan September ini.

Katanya, JKNS turut memastikan bekalan oksigen mencukupi dengan menggandakan kapasiti Vacuum Insulated Evaporator (VIE) di HQE, menaik taraf kapasiti tangki VIE dan system perpaipan gas perubatan di Hospital Tawau dan menaik taraf kapasiti VIE dan  sistem perpaipan gas perubatan Hospital Kudat.

“JKNS turut melaksanakan mobilisasi staff secara dalaman dan luaran untuk membantu memberi perawatan kepada pesakit Covid19 di hospital,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *