HomeIsu tempatanSepakat@Komuniti Kiulu Medium Pendedahan Keperluan Masyarakat

Sepakat@Komuniti Kiulu Medium Pendedahan Keperluan Masyarakat

Read Time:55 Second

TUARAN: Program Sepakat@Komuniti Kiulu anjuran Jabatan Penerangan Sabah (JaPen) dan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah (PSUPS) menjadi medium pendedahan keperluan masyarakat. 

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai berkata, program yang turut dihadiri Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Zulkapli Mohamed kali ini membolehkan keperluan infrastruktur di kawasan itu dapat dibentangkan. 

“Selain menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk, kami berkesempatan melawat empat buah kampung dan melihat sendiri gambaran infrastruktur yang diperlukan penduduk.

“Sebagai contoh, penambahan dan pembaikan jalan desa, keperluan air bersih, keperluan bekalan elektrik ke rumah-rumah serta menaik taraf dewan-dewan terbuka yang kelihatan daif seperti di Dewan Kampung Lokub,” katanya ketika ditemui media dalam program tersebut, pada Jumaat.

Pada program itu, sebanyak 50 kotak sumbangan makanan dan minuman daripada PSUPS dan 50 lagi dari JaPen Daerah Tuaran diagihkan kepada penduduk Kampung Tulung Mantob, Kg Lokub, Kg Poturidong dan Kg Nawoi. 

Hadir sama, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah, Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Hamizi Halim dan Pegawai Penerangan Daerah Tuaran, Malina Jamarin./Penerangan-

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya