Kim Swee Mahu Catat Keputusan Positif Dalam Tugasan Pertamanya Malam Ini.

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Pengendali Sabah FC yang baharu, Datuk Ong Kim Swee ingin mencatat keputusan cemerlang untuk tugasan pertamanya dalam saingan TM Piala Malaysia menentang PJ City City di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam ini.

Katanya semua pemain perlu yakin dan bangkit segera daripada belenggu kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Super baru-baru ini.

“Selepas seminggu saya bersama mereka sudah tentu kita tidak boleh mengharapkan suatu perubahan yang cukup besar dalam waktu terdekat, ini agak mustahil…Kita berharap Sabah FC mampu bangkit selepas tewas dalam beberapa perlawanan dalam saingan Liga Super lalu.

“Semua pemain menunjukkan satu sikap yang cukup positif serta sanggup menerima segala perubahan yang cuba saya lakukan. Ini sudah tentu memberi keyakinan yang amat tinggi bagi membolehkan mereka mempamerkan kualiti sebenar permainan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya akan berlaku perubahan dalam kesebelasan utama untuk kempen Piala Malaysia. Para pemain yang kita miliki merupakan pemain-pemain yang cukup matang dan berpengalaman sama ada pemain import ataupun pemain tempatan.

Kim Swee berkata sedikit perubahan daripada segi corak permainan dan yakin anak-anak buahnya mampu mengadaptasinya untuk mencapai keputusan yang baik sekali gus berusaha mengembalikan keyakinan para penyokong.

PJ City FC bukan satu pasukan yang mudah untuk ditewaskan lebih-lebih lagi mereka mempunyai kelebihan bermain di laman sendiri.

“Dalam rekod perlawanan saingan Liga Super, Sabah FC tewas dua kali kepada PJ City FC. Harapan saya untuk semua pemain agar mereka membuktikan yang kita mampu bersaing dengan mana-mana pasukan sekalipun.

“Sudah tentu saya ingin mendapatkan  keputusan yang positif pada perlawanan pertama saya bersama Sabah FC malam ini,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *