Hajiji Hadir ke Majlis Tahlil Sempena Hari Jadi Rasmi TYT

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Majlis Tahlil sempena Hari Jadi Rasmi Ke-68 Tahun Yang di-Pertua Negeri Sabah di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Majlis Tahlil tersebut merupakan salah satu daripada beberapa siri acara yang akan diadakan sempena sambutan Hari Jadi rasmi TYT, tahun ini.

Hajiji turut menyerahkan sumbangan Ihsan Makanan Pelajar Terjejas COVID-19 (IMPAC) sebanyak RM9,000 dan Sumbangan Pengurusan Sekolah Agama dan Tahfiz daripada Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) sebanyak RM70,000 kepada Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Kota Kinabalu.

Manakala, Sumbangan Pengurusan dan Pengimarahan Masjid sebanyak RM10,000 kepada Masjid Nurul Hikmah dan Sumbangan Pengurusan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebanyak RM30,000 kepada SAR Madrasah Islamiah Nurul Hikmah.

Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alar Sekitar, Datuk Jafry Ariffin.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *