HomeUtamaCOVID-19: Sabah catat 707 Kes Positif Baharu

COVID-19: Sabah catat 707 Kes Positif Baharu

Read Time:1 Minute, 3 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan peningkatan kes positif COVID-19 yang agak tinggi pada hari ini iaitu sebanyak 707 kes, pertambahan sebanyak 175 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak 19 daerah di Sabah mencatatkan peningkatan kes, dan cuma lapan daerah mencatatkan penurunan kes.

Menurut Masidi, walaupun jumlah kes kumulatif hari ini ialah 707 kes, tetapi dengan mengambilkira keputusan saringan yang lewat didaftar dua hari ke atas, jumlah kes sebenar yang berlaku dalam masa 24 jam lalu hanyalah 460 kes atau 65.06% daripada jumlah kes kumulatif.

Katanya, terdapat 10 daerah yang mencatatkan peningkatan kes yang signifikan iaitu Kudat +34 kes, Pitas +31 kes, Lahad Datu +26 kes, Putatan +21 kes, Kota Marudu +19 kes, Tawau +17 kes, Beaufort +17 kes, Keningau +13 kes, Kalabakan +11 kes dan Kota Belud +10 kes.

Manakala daerah yang mencatatkan penurunan kes ialah, Kota Kinabalu -19 kes, Tenom -17 kes dan Ranau -14 kes.

Dalam pada itu, daripada jumlah kes jangkitan baru yang direkodkan hari ini, 9.62% adalah daripada Kategori 1 dan 86.14% adalah daripada Kategori 2, manakala jumlah pesakit Kategori 3, 5 orang, 3 orang dalam Kategori 4 dan juga 3 orang dalam Kategori 5. Sebanyak 19 kes masih dalam siasatan lanjut.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya