Lima Buah Kedai Lama Pekan Kimanis Roboh Akibat Angin Kencang

Read Time:37 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Sebanyak lima buah kedai lama Pekan Kimanis roboh akibat angin kencang yang berlaku dalam satu kejadian awal pagi Selasa. (12 Oktober 2021)

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.51 pagi tadi.

“Setiba pasukan anggota Bomba di lokasi kejadian mendapati lima buah bangunan kedai lama di Pekan Kimanis anggaran keluasan 100’x60′ kaki telah roboh.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada angin kencang yang berlaku sekitar waktu subuh tadi” kata kenyataan media itu.

Seterusnya pasukan Bomba membuat pembersihan dan juga menjalankan pemeriksaan sekitar kawasan memastikan tiada kemerbahayaan lain berlaku.

“Walau bagaimanapun tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam kejadian tersebut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.33 pagi,” ujarnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *