HomeIsu tempatanUMS-SAU Bakal Jalin Kerjasama Pelbagai Bidang

UMS-SAU Bakal Jalin Kerjasama Pelbagai Bidang

Read Time:1 Minute, 2 Second

LABUAN: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) bakal mengadakan kerjasama pelbagai bidang dengan Shenyang Aerospace University (SAU), China.

Menurut kenyataan FKI, satu perbincangan awal antara kedua pihak telah diadakan baru-baru ini membabitkan kakitangan pengurusan tertinggi FKI dan SAU.

“Perbincangan bukan sahaja memfokuskan ruang kolaborasi FKI dengan College of Computer Science SAU, tetapi turut melihat potensi kerjasama dalam konteks yang lebih menyeluruh.

“Antara yang dibincangkan termasuklah program pertukaran pelajar dan pensyarah, penyeliaan bersama pelajar-pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD),  kerjasama penyelidikan, dan pelaksanaan program double degree antara kedua-dua universiti,” demikian menurut kenyataan FKI yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, Pihak SAU juga menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan fakulti yang mengkhususkan dalam bidang ekonomi di UMS.

“Perbincangan lebih lanjut berhubung hasrat kerjasama ini akan diadakan pada masa hadapan,” jelas kenyataan tersebut.

Berlangsung secara dalam talian, perbincangan itu dihadiri Dekan Institute of International Education (IIE), Prof Madya Pearl Liu Ping; mantan Dekan FKI (kini Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan UMS), Prof. Dr. Abdullah Gani; dan Timbalan Dekan Faculty of Computer Science (FCS) SAU, Prof Madya Leon Zhao Liang.

Hadir sama Pengarah International Exchange and Cooperation Office in IIE, Maggie Yu; dan Pengarah Academic Management Office in IIE, Cathy Chang.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya