DBKK & JHEAINS Sumbang Bantuan Bakul Makanan Kepada Frontliners
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) telah mengadakan Program Ziarah Hijrah, iaitu Penyampaian Bantuan Bakul Makanan (BBM) Food 2 Care kepada petugas barisan hadapan (frontliners) yang terdiri daripada anggota dalaman dan luaran DBKK yang telah berjuang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.