DBKK & JHEAINS Sumbang Bantuan Bakul Makanan Kepada Frontliners

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) telah mengadakan Program Ziarah Hijrah, iaitu Penyampaian Bantuan Bakul Makanan (BBM) Food 2 Care kepada petugas barisan hadapan (frontliners) yang terdiri daripada anggota dalaman dan luaran DBKK yang telah berjuang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, petugas barisan hadapan (frontliners) yang terdiri daripada anggota dalaman dan luaran DBKK ini adalah dalam golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Program tersebut diadakan pada 14 Oktober 2021 (Khamis) di Dewan Mesyuarat Tingkat 1, Ibu Pejabat DBKK bersempena dengan Sambutan Ma’al Hijrah 1443H / 2021M yang lalu.

Seramai 40 orang frontliners telah menerima Bantuan Bakul Makanan (BBM) Food 2 Care.

Menurut Noorliza, penerima adalah terdiri daripada anggota DBKK daripada Jabatan Landskap dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal serta anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang bertugas di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Bandaraya Kota Kinabalu.

Sumbangan telah disampaikan secara simbolik oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip, disaksikan oleh Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Ustaz Malai Ali Malai Ahmad dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pentadbiran Daerah dan Wilayah, JHEAINS, wakil Pengarah JHEAINS, Awang Juri Ag Tahir.

“Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban anggota barisan hadapan kita,” kata Noorliza.

Selain itu, sejumlah RM1,155,600.00 diberikan kepada Asnaf Fakir Daerah Kota Kinabalu daripada MUIS untuk Dana Penerima Bantuan Bulanan Zakat MUIS dan sebanyak RM10,000.00 Sumbangan Khas Pengurusan daripada MUIS kepada Badan Dakwah Bandaraya Kota Kinabalu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *