JPKA Sabah Serah Montaj Rakaman Jamuan Teh Bersama Kanak-Kanak Istimewa & Anak Yatim

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Montaj rakaman jamuan teh bersama kanak-kanak istimewa dan anak yatim diserahkan kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi ke-68.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS) Jais Asri berkata, inisiatif itu diambil bagi menggantikan majlis jamuan teh yang diadakan secara tahunan memandangkan situasi pandemik di negeri ini. 

“Kita terpaksa ubah cara majlis dijalankan bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19 terhadap kanak-kanak ini.

“Sambutan pada tahun sebelumnya, kita akan bersama-sama dengan kanak-kanak istimewa dan anak yatim dalam satu majlis, namun kali ini terpaksa diadakan secara maya.

“Montaj yang disampaikan kepada Tun Juhar merangkumi ucapan-ucapan hari jadi serta nyanyian daripada kanak-kanak istimewa daripada 11 buah institusi kanak-kanak kurang upaya dan rumah anak yatim,” katanya ketika ditemui media selepas penyerahan montaj itu di Istana Seri Kinabalu, disini semalam.

Untuk rekod, seramai 39,292 orang kurang upaya didaftarkan di Sabah setakat 13 Oktober 2021 dan seramai 13,815 daripadanya berumur di bawah 18 tahun. 

Hadir sama, isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni serta rombongan daripada JPKAS./Penerangan-

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *