HomeIsu tempatanDBKK Laksana Ops Bersih

DBKK Laksana Ops Bersih

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah melaksanakan Ops Bersih sekitar Kota Kinabalu Rabu lalu bagi mendidik masyarakat untuk bersama menjaga kebersihan bandaraya.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, Ops yang dilaksanakan Unit Kawal Selia Jabatan Pengurusan Sisa Pepejak (JPSP) itu dianggotai seramai lima anggota JPSP.

“Ops Bersih ini dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada orang awam agar tidak membuang puntungan rokok merata-rata dan mendidik mereka untuk lebih bertanggungjawab bersama-sama DBKK menjaga kebersihan Bandaraya.

“Ops ini turut menguatkuasakan Undang-Undang Kecil (UUK) Anti Sampah Sarap 1984 Bandaraya Kota Kinabalu Pindaan 2005,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Noorliza berkata, dibawah UUK ini, individu yang membuang puntungan rokok atau bahan buangan yang lain boleh dikenakan kompaun dengan denda minimum bermula RM20 bayar serta merta sehingga denda maksimum RM500.

Katanya, sebanyak empat kompaun telah dikeluarkan pada hari pertama Ops Bersih dan kesemua pesalah telah membayar kompaun serta merta.

“Orang awam adalah diingatkan untuk sama-sama menjaga kebersihan persekitaran bandaraya Kota Kinabalu.

“DBKK berharap agar tong-tong sampah yang disediakan dimanfaat sepenuhnya dengan membuang sampah atau puntungan rokok di dalam tong sampah,” katanya.

Katanya, Ops ini akan terus dijalankan dari semasa ke semasa.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya