HomeSukanHajiji Terima Kunjungan Lee Chong Wei

Hajiji Terima Kunjungan Lee Chong Wei

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan bekas pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei disini semalam.

Kunjungan yang diadakan di kediaman rasmi Ketua Menteri itu turut dihadiri Menteri Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin; Pembantu Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Andi Suryady.

Hajiji berkata, beliau teruja kerana berpeluang untuk duduk bersama dan mendengar pengalaman serta pandangan daripada bekas pemain badminton nombor satu negara itu.

“Sebagai seorang wira negara dan bekas pemain ranking pertama dunia dalam sukan badminton, beliau (Chong Wei) sempat berkongsi dengan saya berkenaan kisah dan pengalaman hidup beliau yang bagi saya telah membantu beliau menjadi antara atlet sukan yang paling terkemuka di negara ini.

“Selain itu, beliau juga sempat memberikan pandangan dan cadangan beliau mengenai langkah-langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan dan memperkasakan industri sukan khususnya dalam membentuk pelapis sukan yang baharu terutamanya di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam hantaran di laman Facebook rasminya disini semalam.

Hajiji turut berharap agar bekas pemain badminton negara itu terus maju jaya dalam pelbagai perkara yang dilakukan.

“Terima kasih tidak terhingga atas pencapaian beliau dalam mengharumkan nama negara di persada dunia,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan akuatik mampu kembangkan potensi dan minat pelajar sekolah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular