HomeUtamaFocal Person Bantu Naikkan Taraf Pendidikan Di Sabah

Focal Person Bantu Naikkan Taraf Pendidikan Di Sabah

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Inisiatif pelantikan beberapa Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di negeri ini mampu membantu menaikkan lagi taraf pendidikan di Sabah.

Focal Person Kebangsaan KPM Sabah Mohammad Arif Sakaran berkata, pelantikan Focal Person di setiap daerah itu juga merupakan satu langkah terbaik bagi menyelesaikan masalah keciciran dalam pelajaran khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Ada beberapa program terutamanya yang melibatkan keciciran pelajar-pelajar di Sabah yang kini dilihat agak tinggi dan masalah ini sudah lama, bukan sahaja di negeri ini malah juga di seluruh negara.

Focal Person Kebangsaan KPM Sabah Mohammad Arif Sakaran – FOTO – MAHA

“Justeru itu, kerja sama dari semua Focal Person di semua daerah amat penting bagi membantu Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) mengatasi seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Makan Malam Bersama Focal Person negeri Sabah di sini semalam.

Hadir sama Pengarah JPNS Datuk Dr Mistirine Radin.

Mohammad Arif berkata, pihaknya kini belum mempunyai perancangan daerah yang akan dilawati namun akan terus bekerjasama dengan JPNS bagi melihat kawasan yang dilihat mempunyai keciciran pelajar dari semasa ke semasa.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata persediaan bagi pembukaan semula sekolah melibatkan murid pra-sekolah dan murid berkeperluan khas (MBK) di Sabah yang melibatkan prosedur standard operasi (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Ketiga sudah dilaksanakan.

“Keselamatan murid dan semua yang terlibat di sekolah sudah dibuat dan diberi keutamaan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya