HomeIsu tempatanKaunter Pengguna SESB Kini Beroperasi Kapasiti 100 Peratus

Kaunter Pengguna SESB Kini Beroperasi Kapasiti 100 Peratus

Read Time:2 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Kaunter pengguna Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau telah mula beroperasi dengan kapasiti tenaga kerja 100 peratus bermula 20 Oktober selaras dengan peralihan Sabah daripada fasa 2 ke fasa 3.

Manakala baki kaunter perkhidmatan di daerah-daerah lain pula akan dibuka dengan kapasiti 100 peratus mulai 8 November 2021 selaras dengan peralihan negeri Sabah kepada Fasa 4.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir Idris Mohd Noor berkata pembukaan kaunter di tiga kawasan utama tersebut dengan kapasiti tenaga kerja yang penuh adalah untuk memenuhi permintaan pengguna yang ingin berurusan secara bersemuka di kaunter perkhidmatan pengguna.

Beliau juga ingin menjelaskan bahawa sebelum ini sejak negeri Sabah berada dalam Fasa 2 di dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), kesemua Kaunter Perkhidmatan Pengguna SESB telahpun dibuka kepada orang awam bermula pada 5 Julai 2021 lalu.

“Pengoperasian kaunter pada ketika itu adalah pada 50% kapasiti anggota kerja SESB dan dua kaunter dibuka untuk memproses permohonan bekalan daripada orang awam. Manakala untuk W.P Labuan kaunter telah beroperasi sepenuhnya bersesuaian dengan Fasa 4 PPN di sana ,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Idris berkata demikian ketika mengulas kenyataan media yang dikeluarkan oleh pemilik kedai dan penyewa di Putatan Commercial Centre yang menggesa SESB untuk mempercepatkan proses kelulusan permohonan bekalan di premis tersebut.

Menurut Ir Idris, SESB telah pun menerima dua permohonan bekalan bukan domestik daripada pemilik/penyewa premis berkenaan pada 15 Oktober 2021 dan bekalan sudah disambung kepada pengguna.

Dalam pada itu, Idris berkata pengguna boleh juga melakukan urusan mereka dengan syarikat utiliti ini dengan lebih mudah dan efisien melalui aplikasi mudah-alih mySESB yang baru dilancarkan bulan lalu.

Pengguna boleh mengakses akaun elektrik mereka yang didaftarkan dengan SESB, menyemak dan membuat pembayaran bil elektrik secara atas talian tanpa perlu ke kaunter perkhidmatan pengguna SESB.

Pengguna tidak perlu risau kerana pembayaran melalui aplikasi ini adalah ‘auto update’ pada hari yang sama pembayaran dibuat. Selain itu, aplikasi ini juga membenarkan pengguna untuk membuat pemantauan ke atas akaun-akaun yang didaftar atas nama pengguna atau atas nama keluarga pengguna.

“Membuat permohonan baru, penamatan akaun, penukaran nama dan permohonan pemindahan meter juga boleh dibuat, malahan status permohonan juga boleh dipantau oleh pengguna dari masa ke semasa hanya melalui mySESB di mana sahaja anda berada,” katanya lagi.

Para pengguna dan orang awam yang ingin berurusan di kaunter perkhidmatan pengguna digalakkan untuk mengguna kaedah temujanji melalui MySESB atau melalui Sistem Temujanji Online yang boleh dicapai melalui https://temujanji.sesb.com

“Sistem Temujanji Online digunapakai sebagai salah satu usaha untuk mengawal jumlah kehadiran pengguna ke pejabat SESB sebagai usaha menyokong pelan pemulihan negara daripada pandemik Covid-19,” katanya lagi.

Pengguna juga boleh menghubungi talian SESB Careline 15454, 088- 515000 atau whatsapp 019- 852 5427 untuk pertanyaan lanjut mengenai perkhidmatan SESB.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya