Khazanah Beta Anjur Pertandingan Ikan Laga, 3 Hari Bermula 12 November 2021

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Bagi memenuhi permintaan peminat-peminat ikan laga, Khazanah Beta akan menganjurkan satu pertandingan ikan laga ‘Khazanah Flaring Betta Showdown’ selama tiga hari bermula 12 November hingga 14 November 2021 ini bertempat di Suria Inanam, Kota Kinabalu.

Pengurus Khazanah Betta, Mazlan Sanoh berkata, ia adalah antara usaha beliau bersama rakan-rakannya yang telah berkecimpung dalam industri ikan laga untuk menarik minat setiap golongan agar peminat-peminat ikan laga ini terus berkembang ke seluruh Sabah seterusnya ke persada antarabangsa.

Khazanah Flaring Betta Showdown

“Selaras dengan seruan kerajaan, Khazanah Beta mengambil insiatif atas program yang dianjurkan untuk memberi peluang atau idea bagi menjana pendapatan melalui penternakan ikan laga kepada golongan terjejas ekonomi akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak hampir dua tahun ini.

“Kami menyasarkan 1000 penyertaan tapi kami dapat lebih 1500 penyertaan membabitkan 91 kategori termasuk ‘half moon,’ ‘double tail’ dan ‘crown tail’ yang kami boleh anggap sebagai penyertaan luar biasa,” katanya.

“Selain hadiah terkumpul bernilai RM6,508, pihak penganjur juga akan menyediakan hadiah-hadiah yang menarik kepada peserta-peserta yang menyertai kejohanan tersebut.

Mazlan turut menyatakan bahawa acara yang dianjurkan julung kali ini, akan membawa peserta-peserta daripada Tawau, Sandakan, keningau, Sipitang, Kota Belud dan daerah-daerah lain lagi.

Grand Champion (GC) bakal menerima wang tunai sebanyak RM2,588, trofi, hamper dan sijil penyertaan, manakala, Optional Grand Champion (OGC) akan menerima RM1,288, sebuah trofi, hamper dan sijil penyertaan.

“Banyak lagi hadiah menarik yang kami tawarkan selain kategori GC dan OGC dan sebarang pertanyaan lanjut boleh terus menghubungi pihak penganjur di talian 0128284014 (Khazanah),” ujarnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *