HomeIsu tempatanPemandu Teksi Perlu Sentiasa Patuhi SOP,Utamakan Keselamatan Penumpang

Pemandu Teksi Perlu Sentiasa Patuhi SOP,Utamakan Keselamatan Penumpang

Read Time:1 Minute, 58 Second

SANDAKAN : Pemandu teksi di Sabah diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi menjamin keselamatan penumpang selain dapat meneruskan perkhidmatan sepanjang pandemik COVID-19.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Datuk Chin Kim Hiung berkata,  kelonggaran yang diberikan di Sabah dijangka akan meningkatkan semula permintaan terhadap perkhidmatan teksi berikutan peningkatan kehadiran pelancong di negeri ini.

“Walaupun ini merupakan satu peluang kepada pemandu teksi untuk merancakkan semula ekonomi yang terjejas, tetapi mereka juga harus tidak lupa untuk mengutamakan keselamatan penumpang dengan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Para pemandu teksi juga harus sentiasa mematuhi undang-undang sedia ada seperti sentiasa menyemak status saman PDRM, memastikan lesen LPKP mereka sentiasa aktif serta memastikan kenderaan mereka sentiasa dalam keadaan yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pembukaan Mesyuarat Agung dan Upacara Angkat Sumpah Ahli Jawatan Kuasa 2021 – 2022 Persatuan Teksi Seluruh Sabah baru-baru ini.

Selain itu, Chin juga mahu agar pemandu teksi di negeri ini sentiasa mengikuti perkembangan teknologi bagi memastikan perkhidmatan mereka terus relevan terutama dengan kewujudan perkhidmatan pengangkutan awam yang dilihat dapat memenuhi kehendak semasa pelanggan.

“Sebagai contohnya pada hari ini masyarakat lebih gemar menggunakan perkhidmatan e-hailing yang dianggap lebih mudah dan murah. Hanya dengan hujung jari sahaja mereka dapat memesan perkhidmatan e-hailing pada bila-bila masa berbanding perkhidmatan teksi sedia ada.

“Oleh itu, sudah tiba masanya bagi pemandu teksi untuk mengikuti perkembangan ini sama ada dengan memperbaiki perkhidmatan sedia ada atau beralih kepada perkhidmatan e-hailing bukan sahaja kekal relevan tetapi juga bagi memastikan mereka tidak hilang punca pendapatan akibat kehilangan pelanggan yang beralih kepada perkhidmatan yang lebih mudah,” katanya.

Chin juga menekankan bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan nasib para pemandu teksi di negara ini dengan sentiasa memberikan bantuan kepada golongan ini.

“Menyedari kumpulan pemandu teksi turut terjejas akibat pandemik COVID-19, kerajaan telah memberikan beberapa bantuan kewangan secara one-off iaitu PERMAI dan PEMERKASA dengan perbelanjaan sebanyak RM2.8 juga kepada 3885 pemandu teksi.

“Selain itu, Kementerian Pengangkutan turut bersetuju untuk melanjutkan had usia selama setahun bagi kenderaan pengangkutan awam yang telah tamat tempoh usia pada 2020 dan 2021 yang menunjukkan keprihatinan kerajaan,” tambah Chin.

Dalam Mesyuarat Agung Persatuan Teksi Seluruh Sabah yang diadakan baru-baru ini, Hiew Su Vun telah mengekalkan jawatan Pengerusi selepas menang tanpa bertanding. Turut hadir, Penolong Pengarah Kanan LPKP Sabah, RM Luqman Mohamed.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya