HomeGaya hidupBanyak Tempat Menarik Di Eko-Pelancongan Bukit Lugas, Ranau

Banyak Tempat Menarik Di Eko-Pelancongan Bukit Lugas, Ranau

Read Time:2 Minute, 47 Second

RANAU:  Warga penduduk Kampung Waang di sini mengalu-alukan dan menyokong penuh segala usaha dan inisiatif Jawatankuasa  Eko-Pelancongan Bukit Lugas (EPBL) bagi mempromosikan EPBL yang terletak kira-kira lima kilometer dari pusat kampung berkenaan untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg.Waang,  yang juga pelopor dan perintis EPBL,  Ajilee Lubin dan Pengerusi EPBL yang baharu, Junadi Layau @ Sahirin  mempelawa orang ramai khususnya kepada pelancong dalam dan luar supaya datang mendaki Bukit Lugas yang pastinya menjanjikan seribu satu kenangan terindah kepada para pendaki yang gemar dengan aktiviti lasak.

Menurut Ajilee, kelonggaran yang diberikan kerajaan untuk rentas daerah di Sabah patut dimanfaatkan orang ramai untuk melancong  ke destinasi menarik dalam negeri sambil mengamal dan membudayakan ‘Norma Hidup Baharu’ dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan  untuk mengekang penularan virus COVID-19.

“Bukit Lugas pastinya menjanjikan  satu kenangan manis serta keseronokan yang sukar dilupakan oleh setiap pendaki apabila melihat dan memerhati  pelbagai tumbuhan unik seperti bunga Refflesia (jika musim berbunga), pelbagai jenis Orkid sama seperti yang terdapat di  kaki  Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara.

“Saya menyokong penuh kenyataan Junadi yang menegaskan semua pendaki ke Bukit Lugas adalah  tertakluk kepada pelbagai peraturan terutama tidak membenarkan untuk memetik atau mengambil apa juga jenis tumbuhan, serangga, burung atau haiwan yang ada di sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Lugas”, jelas Ajilee dalam kenyataannya semalam.

Katanya, Junadi juga menyatakan bahawa kepada yang berminat mendaki Bukit Lugas hendaklah menulis surat rasmi atau membuat panggilan tempahan sehari sebelum mendaki bagi menentukan tarikh mendaki dan jumlah peserta, supaya pihak EPBL dapat menyediakan seorang pemandu pelancong (guide)  untuk setiap  satu kumpulan lima orang dalam satu perjalanan pendakian.

Manakala mengenai yuran mendaki, Junadi menjelaskan seorang pendaki hendaklah membayar yuran RM10 seorang jika mahu mendapatkan  sijil dan RM7 bagi mereka yang tidak memerlukan Sijil dan bayaran seorang  guide ialah sebanyak RM50.

Selain  keindahan panorama dan keunikan tersendiri alam semulajadi  sekitar Bukit Lugas, terdapat beberapa lagi tempat  menarik yang  boleh dilawati sekitarnya seperti Gua Luang  Mondou, Kubu Pahlawan Enggu dan Air Terjun Mogontung yang pasti menggamit hati setiap pengunjung.

Ajilee turut menjelaskan bahawa lokasi antara tempat-tempat tersebut tidaklah berjauhan dan boleh dikunjungi serta tidak mengambil masa terlalu lama.

“Kita hanya mengingatkan setiap pengunjung agar tidak berbuat bising sekitar kawasan berkenaan (Bukit Lugas), kerana dikuathiri menjejaskan dan mengganggu beberapa spesis burung, haiwan serta serangga yang menjadi penghuni tetap di kawasan hutan sekitar bukit berkenaan.

“Menurut  moyang kami suatu ketika dahulu, dilarang sama sekali membuat bising sekitar kawasan tersebut kerana dibimbangi demam ‘disampuk’ bunian (penunggu) kawasan tersebut.

“Bagaimanapun, kepercayaan itu kini semakin terhakis dengan adanya kecanggihan teknologi seperti  kamera digital dan video perakam  oleh generasi sekarang menyebabkan mereka kurang mempercayai adanya penunggu tersebut”, ujar Ajilee lagi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KPDN Sandakan catat nilai rampasan lebih RM1 juta melibatkan pelbagai kesalahan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya