HomeSukanSabah FC Lakukan Perubahan Pemain, Sedia Hadapi Liga Malaysia Musim Depan

Sabah FC Lakukan Perubahan Pemain, Sedia Hadapi Liga Malaysia Musim Depan

Read Time:1 Minute, 30 Second

MELAKA : Sabah FC dijangka akan melakukan perubahan barisan pemain skuad Badak bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau turut yakin mampu menampilkan pasukan yang lebih baik berdasarkan kepada pengalaman yang diperolehi pemain muda yang turut beraksi sepanjang aksi Piala Malaysia musim ini.

“Setiap pasukan akan ada perubahan namun terpulang kepada kemampuan kita, kita harus tahu berbelanja mengikut bajet yang ada.

“Untuk merubah seluruh pasukan saya rasa itu tidak akan menepati bajet kita, pertukaran dan perubahan barisan pemain mungkin akan berlaku musim depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2021 bertemu Melaka United di Stadium Hang Jebat disini semalam.

Kim Swee berkata, barisan pemain sedia ada turut memberi segala kerjasama yang baik apabila beliau mengambil alih tugas sebagai pengendali skuad Badak.

Katanya, para pemain juga cuba untuk memberikan yang terbaik dari segi persiapan latihan dan perancangan sepanjang beliau mengambil alih pasukan Sabah FC.

“Apabila saya mengambil alih Sabah FC, para pemain muda mengambil peluang dan ini pasti membantu mereka daripada segi kematangan mereka pada tahun depan.

“Dalam saingan Piala Malaysia musim ini, kita bermain dengan pasukan-pasukan yang berkualiti terutama JDT, Melaka United, PJ City dan ini memberi satu pengalaman yang sukar didapati.

“Pemain-pemain muda terutama dalam saingan Piala Malaysia ini mereka telah mendapat sesuatu pengalaman dan saya percaya pada tahun hadapan mereka akan bertambah matang, disitu kita mampu merubah skrip pada tahun hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas kekalahan Sabah FC dalam aksi malam tadi, Kim Swee berkata, gol pertama Melaka United yang membolosi gawang pasukannya seawal minit ketiga perlawanan merosakkan keseluruhan perancangan Sabah FC.

Pada masa sama, beliau turut mengakui pasukan Melaka United berasa pada tahap yang cukup baik dan berkualiti terutama dengan kehadiran pemain import berpengalaman mereka yang sukar ditandingi pemain Sabah.

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya