HomeSukanSabah FC Gagal Layak Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Sabah FC Gagal Layak Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Read Time:57 Second

MELAKA : Sabah FC gagal melayakkan diri ke separuh akhir saingan Piala Malaysia 2021 selepas kecundang kepada Melaka United dengan jaringan 2-1 pada aksi pusingan kedua suku akhir di Stadium Hang Jebat disini malam ini.

Kemenangan Melaka United itu sekali gus melayakkan mereka ke peringkat separuh akhir dengan agregat 3-1 dimana turut berjaya menundukkan skuad Badak 1-0 di Stadium Likas Ahad lalu.

Sebaik sepak mula, tuan rumah tidak mengambil masa yang lama untuk mendahului perlawanan apabila berjaya menjaringan gol pertama menerusi Adriano Aparecido Narcizo pada minit ke-3 hasil rembatan kaki kiri cantik yang berjaya melepasi jangkauan penjaga gol Sabah FC, Rozaimie Rohim.

Babak kedua bermula dengan pasukan Melaka United menambah lagi jaringan kedua membolehkan pasukan kendalian Zainal Abidin Hassan mengesahkan kemenangan menerusi jaringan pemain import Sony Norde pada minit ke-77 dalam kotak penalti.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee dilihat yang dilihat tidak banyak melakukan serangan sepanjang permainan.

Bagaimanapun, skuad Badak berjaya memperolehi gol tunggal menerusi sepakan penalti Risto Mitrevski di masa tambahan perlawanan bagi menjadikan kedudukan 2-1.

Kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus menamatkan perjuangan Sabah FC dalam saingan Piala Malaysia.

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya