62 Kampung Laksana Gotong-Royong Perdana

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 3 Second

PENAMPANG: Sebanyak 62 kampung melaksanakan gotong-royong perdana secara serentak termasuk lapan kampung dari kawasan Kepayan. 

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim berkata, semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat sungguh membanggakan apatah lagi di kawasan yang terjejas teruk akibat banjir. 

“Banyak harta benda musnah akibat banjir, termasuklah pusat permainan futsal untuk kegunaan anak-anak muda. 

“Oleh yang demikian, Pejabat Daerah Penampang melakukan usaha berterusan dalam mengumpul data-data yang diperlukan untuk diambil tindakan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Majlis Gotong-Royong Perdana Membersihkan Kampung-Kampung Daerah Penampang di Dewan Raya Ambrose Dumpangol, disini hari ini.

Jahid berkata, program anjuran Pejabat Daerah Penampang ini melibatkan agensi dan jabatan kerajaan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Daerah Penampang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mahkamah Anak Negeri (MAN) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). 

Justeru, beliau menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung sambil berharap agar aktiviti yang dilaksanakan itu memberi manfaat dan impak baik yang boleh dicontohi oleh semua pihak. 

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim, Pegawai Daerah Penampang, Francis Chong dan pembantunya, Stanley Sikolis./Penerangan-

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *