COVID-19: 19 Daerah Catat Kes Jangkitan Bawah Paras 20 Kes

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 19 daerah di negeri ini mencatatkan kes jangkitan COVID-19 dibawah paras 20 kes dengan 10 lagi daerah mencatatkan kes dengan satu angka.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada keseluruhan daerah yang merekodkan kes jangkitan, tidak ada daerah yang mencatatkan kes tiga angka.

“Kedudukan jumlah kes COVID-19 di Sabah hari ini tidak banyak berbeza dengan jumlah semalam.

“Ia sekadar menambah dua kes menjadikan jumlah keseluruhan hari ini meningkat kepada 545 kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, Kota Kinabalu mencatatkan penurunan kes yang agak baik pada hari ini iaitu -28 kes, diikuti dengan Ranau yang merekodkan penurunan sebanyak -23 kes.

Katanya, secara keseluruhan, 13 daerah di Sabah mencatatkan penurunan namun hanya Kota Kinabalu dan Ranau yang merekodkan penurunan yang agak banyak.

“Kota Kinabalu kekal penyumbang terbesar kes baharu di Sabah. Sebanyak 12 daerah merekodkan peningkatan kes yang agak kecil dan dua lagi daerah kekal sebagaimana catatan semalam.

“Kes positif yang berpunca daripada saringan bergejala tinggi hari ini dengan dengan 222 kes atau hampir 41 peratus daripada jumlah keseluruhan,” katanya.

Katanya, kes yang sinonim dengan jangkitan sporadik ini menununjukkan virus ini telah berada didalam komuniti secara meluas dan risiko jangkitan adalah tinggi.

“Atas sebab inilah pentingnya  masyarakat kekal mematuhi semua prosedur standard operasi (SOP) yang berkuatkuasa,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, jumlah pesakit yang mengalami kesan serius akibat jangkitan COVID-19 kekal rendah.

Katanya, tidak ada pesakit dilaporkan dalam Kategori 3, dua pesakit dalam Kategori 4 dan hanya seorang dalam Kategori 5.

“Hampir 99.1 peratus daripada semua pesakit berada dalam Kategori 1 dan  2.

“Dua pesakit lagi belum dikategorikan kerana masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *