HomeIsu tempatanPencawang Masuk Utama Penampang Dijangka Mampu Memperbaiki Sistem Bekalan Elektrik

Pencawang Masuk Utama Penampang Dijangka Mampu Memperbaiki Sistem Bekalan Elektrik

Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Pembinaan Pencawang Masuk Utama (PMU) Penampang yang dijangka siap pada awal tahun 2022 dengan kapasiti 2x90MVA transformer 132/33kV mampu untuk menambahbaik kestabilan sistem bekalan elektrik di kawasan bandar utama sekitar Kota Kinabalu.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd Ir. Idris Mohd Noor berkata, projek pembinaan PMU itu sedang berjalan dengan kos bernilai RM 79.5 juta.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media berikutan kejadian talian dan beberapa pencawang elektrik SESB telah terpelantik pada malam Ahad yang menyebabkan beberapa kawasan mengalami gangguan bekalan.

Kejadian berlaku bermula jam 9.11 malam melibatkan kerosakan kabel dan alatsuis pencawang yang mengakibatkan dua pencawang utama telah terputus bekalan iaitu Pencawang Masuk Utama Karamunsing dan Pencawang Pembahagian Utama Kundasang.

“Gangguan bekalan yang berlaku ini melibatkan pengguna di sekitar Karamunsing, Kiulu, Pekan Nabalu dan Kundasang dengan anggaran jumlah kehilangan beban oleh SESB sebanyak 14MW yang meliputi hampir 13,536 pengguna” katanya.

Beliau turut berkata bahawa impak gangguan boleh dimitigasikan sekiranya PMU Penampang yang baharu tersebut siap kelak dengan adanya redundansi atau kabel tambahan.

Seramai lebih kurang 30 anggota kerja teknikal SESB telah bertungkus lumus untuk melaksanakan proses pemulihan di tapak dan juga melalui Pusat Kawalan Grid SESB.

Bekalan elektrik dipulihkan secara berperingkat bermula pada jam 9.45 malam yang melibatkan kawasan Kundasang dan pada jam 11.10 malam untuk kawasan Karamunsing manakala kawasan lain yang terjejas mendapat bekalan secara berperingkat dan siap sepenuhnya pada jam 4.50 pagi tadi.

Untuk tujuan memastikan bekalan dapat diberikan dengan kadar segera, sebanyak enam buah generator bergerak telah digunakan dalam usaha memulihkan bekalan ke seluruh kawasan yang terjejas.

Kerja-kerja pemulihan kabel yang rosak di seksyen Karamunsing-Kota Kinabalu serta pembaikan peralatan suis di Pencawang Masuk Utama Penampang dan Pencawang Masuk Utama Karamunsing masih lagi dalam tindakan pembaikan oleh pihak SESB dan punca kerosakan masih disiasat.

Pengguna yang memerlukan maklumat lanjut adalah dinasihat untuk berhubung dengan SESB Careline 15454, 088- 515000 atau melalui aplikasi Whatsapp 019 852 5427 atau menggunakan aplikasi mySESB yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya