Majlis Sambutan Deepavali Peringkat Negeri Ahad Ini

Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Majlis sambutan Deepavali peringkat negeri akan diadakan di salah sebuah hotel di ibu negeri, Ahad ini.

Menurut Presiden Gabungan Persatuan Masyarakat India Sabah (GPMIS), Datuk A. Nagaraju, sambutan tersebut akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara bagi menyubur keharmonian serta perpaduan dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’.

“Sambutan julung kali diadakan ini menekankan aspek keharmonian dan perpaduan berdasarkan norma baharu dengan kehadiran tetamu jemputan yang terhad.

“Sambutan ini diraikan dengan kepelbagaian kaum yang hidup dalam suasana harmoni dengan identiti unik yang menjadi kunci keeratan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

“Justeru, kita akan bersama-sama 81 etnik di negeri ini sebagai lambang menghormati keunikan kepelbagaian kaum dengan meraikan sambutan perayaan dalam suasana muhibah,” katanya ketika ditemu bual di SABAHfm.

Dengan tema “Membudayakan Perpaduan Meraikan Kepelbagaian”, beliau berharap majlis akan berjalan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan. – PENERANGAN

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *