HomeIsu tempatan40 Kakitangan Sertai Retreat KPLB Sabah

40 Kakitangan Sertai Retreat KPLB Sabah

Read Time:1 Minute, 10 Second

TUARAN: Seramai 40 orang kakitangan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah telah menyertai program Retreat KPLB Sabah yang diadakan di Kiulu Rainforest Park (KRP), disini semalam.

Program yang diadakan selama dua hari bermula Selasa lalu itu disertai para pegawai kanan dan kakitangan KPLB, termasuk kakitangan di Pejabat Menteri.

Antara pengisian yang dijalankan sepanjang program itu termasuklah sesi percambahan minda bertajuk ‘Pencapaian Program Tahun 2021 dan Perancangan Program/Takwim Tahun 2022’.

Turut diadakan sesi pembentangan hasil perbincangan daripada setiap Bahagian (Seksyen) KPLB.

Manakala pada penghujung program, sesi rumusan turut dibuat oleh Timbalan Setiausaha Tetap 1, Aftar Nurajat.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, dan Pembantu Menteri, Harun Durabi dan Samad Jambri, turut mengambil bahagian dalam sesi pembentangan tersebut.

Tiga pemimpin berkenaan juga berpeluang memberikan pandangan dan mendengar cadangan-cadangan penambah baikan program di kesemua jabatan, oleh ketua-ketua jabatan.

Menurut Jahid, program seperti itu sangat baik, kerana selain dapat saling bertukar-tukar pandangan demi kebaikan jabatan masing-masing, mereka dapat menenangkan fikiran daripada kesibukan kota dan suasana pejabat.

Sementara itu, Setiausaha Tetap KPLB, Datuk Faimin Kamin, melahirkan rasa gembira kerana akhirnya program yang sekian lama dirancang itu dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Hari terakhir menyaksikan aktiviti riadah mendaki bukit, dan berpeluang menikmati keindahan pemandangan dari puncak Bukit Logkou KRP.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Tetap 1, Aftar Nurajat, Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar dan Penolong Pegawai Daerah (ADO) Tamparuli, Herman Tunggiging.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular