HomeLuar negaraMuzik Terlalu Kuat, 63 Dilaporkan Maut di India

Muzik Terlalu Kuat, 63 Dilaporkan Maut di India

Read Time:1 Minute, 0 Second

BHUBANESWAR, INDIA: 63 ekor ayam dilaporkan maut angkara muzik yang terlalu kuat dipasang di satu majlis perkahwinan dilaporkan di India baru-baru ini. 

Pesta perkahwinan tradisional India yang menampilkan muzik rancak, persembahan bunga api, tarian dan pancaragam dikatakan menjadi punca kematian 63 ekor ayam tersebut. 

Ranjit Kumar Parida berkata, pesta berkenaan dimeriahkan dengan muzik terlalu kuat sehingga dapat didengari di ladang ayamnya yang terletak di Odisha sebelum tengah malam Ahad lalu.

“Saya meminta pengendali kumpulan muzik itu untuk memperlahankan bunyi kerana terlalu bising dan menakutkan ayam

“Namun, mereka enggan mendengar dan seorang rakan pengantin lelaki memarahi saya,” katanya kepada AFP.

Seorang doktor veterinar memaklumkan Parida bahawa ayam-ayamnya mati akibat serangan jantung dan dia kemudiannya membuat laporan polis selepas penganjur majlis enggan membayar pampasan.

Profesor Zoologi, Suryakanta Mishra, yang menulis buku berkaitan kelakuan haiwan berkata, bunyi terlalu kuat boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dalam kalangan burung.

“Ayam dikawal oleh irama yang dipengaruhi cahaya semula jadi atau kitaran cahaya siang dan malam.

“Keseronokan atau tekanan secara tiba-tiba akibat muzik yang kuat boleh mengganggu jam biologi mereka,” kata Mishra.

Bagaimanapun, selepas campur tangan pihak polis, penganjur majlis bersetuju untuk menyelesaikan masalah berkenaan dan pemilik ayam juga sudah menarik laporan. – AFP

RELATED ARTICLES
Luar negaraSukan

Klopp Berang Dengan Wartawan ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya