HomeLuar negaraMenteri Kesihatan negara G7 adakan mesyuarat kecemasan

Menteri Kesihatan negara G7 adakan mesyuarat kecemasan

Read Time:1 Minute, 12 Second

AFP
LONDON: Menteri Kesihatan kumpulan negara G7 mengadakan mesyuarat kecemasan, mengenai varian baharu COVID-19 iaitu Omicron yang tersebar di seluruh dunia sehingga menyaksikan sempadan negara ditutup selain pakar ‘berlumba-lumba untuk memahami strain itu dalam usaha mengakhiri ‘cengkaman’ virus maut itu.

Mesyuarat dipanggil oleh pengerusi G7 Britain, antara negara yang merekodkan peningkatan kes berpunca strain baharu yang banyak bermutasi.

Omicron pertama kali dikesan di selatan Afrika, menyaksikan timbul cabaran baharu global untuk memerangi pandemik COVID-19.

Susulan kemunculan varian Omicron, beberapa negara mula menguatkuasakan kembali sekatan bagi mengekang penularannya.

“Kita tahu kita sekarang dalam perlumbaan menentang masa,” kata Ketua Suruhanjaya Eropah (EC), Ursula von der Leyen.

Tambahnya, pembuat vaksin memerlukan dua hingga tiga minggu untuk memperoleh gambaran keseluruhan mengenai kualiti mutasi.

Banyak negara yang mengambil langkah mengenakan sekatan perjalanan selatan Afrika termasuk Qatar, Amerika Syarikat (AS), Britain, Indonesia, Arab Saudi, Kuwait dan Belanda.

Angola menjadi negara pertama di selatan Afrika yang menggantung kesemua penerbangan dari negara jiran serantaunya merangkumi Mozambique, Namibia dan Afrika Selatan.

Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa semalam menggesa negara berkenaan supaya menarik larangan perjalanan sebelum berlaku sebarang lanjutan kerosakan terhadap sektor ekonomi.

Presiden Malawi, Lazaru Chakwera pula mendakwa negara Barat bersikap ‘Afrofobia’ kerana menutup sempadan mereka.

Selain negara selatan Afrika, kes membabitkan varian Omicron turut dikesan di Belanda apabila pihak berkuasa kesihatan negara itu mengesan sekurang-kurangnya 13 kes dalam kalangan 61 penumpang yang dikuarantin kerana diuji positif COVID-19, selepas tiba dari Afrika Selatan.

RELATED ARTICLES
Luar negaraSukan

Klopp Berang Dengan Wartawan ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya