Hajiji Bentang Bajet Sabah 2022 Esok

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:28 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Menteri Kewangan Negeri menerima Teks Ucapan Belanjawan Negeri Tahun 2022 daripada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri (MOF), Datuk Rusdin Riman di pejabatnya di Kementerian Kewangan Sabah, Menara Kinabalu, hari ini.

Hajiji akan membentang Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2022 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah esok (Jumaat).

Turut hadir ialah Menteri Kewangan ke II, Datuk Seri Masidi Manjun, Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Jasnih Daya, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Negeri, Fairuz Renddan dan pegawai-pegawai kanan MOF.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *