HomeIsu tempatanBelanjawan Sabah 2022 : Inklusif dan Berkebajikan

Belanjawan Sabah 2022 : Inklusif dan Berkebajikan

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Belanjawan Negeri Sabah tahun 2022 yang dibentangkan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Hajiji Noor pada 3 Disember lalu disifatkan sebagai inklusif dan berkebajikan.

Mengulas mengenai manfaat belanjawan tersebut kepada rakyat, Pembantu Menteri Kewangan, Jasnih Daya berkata, keutamaan kerajaan adalah untuk memulihkan ekonomi demi memastikan kesejahteraan rakyat Sabah dapat terus dibela.

Katanya, walaupun masih berada dalam pandemik COVID-19, kerajaan terus fokus menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat Sabah secara keseluruhan.

“Melalui Belanjawan Sabah 2022, kerajaan negeri turut memberi keutamaan kepada penyediaan dan pemerkasaan keperluan asas termasuk infra rakyat bagi menyokong pemulihan ekonomi secara keseluruhan.

“Bantuan langsung yang diperuntukkan kepada golongan rentan juga diharap dapat dimanfaatkan oleh golongan sasar terutamanya dalam berdepan tempoh peralihan pandemik,” tambah beliau.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr. Rafiq Idris turut menyambut baik pembentangan Belanjawan Sabah 2022.

“Inisiatif-inisiatif yang diketengahkan mampu melonjakkan prestasi ekonomi negeri secara keseluruhan walaupun terdapat beberapa sektor ekonomi khususnya pelancongan yang akan berkembang secara perlahan akibat pelaksanaan penutupan sempadan negara sekurang-kurangnya sehingga suku pertama tahun 2022,” kata Dr Rafiq.

Manakala mengulas mengenai kutipan hasil tertinggi negeri Sabah bagi tahun 2021 berjumlah RM4.912 bilion, kedua-duanya bersependapat bahawa ini akan dapat meningkatkan momentum pemulihan ekonomi negeri secara keseluruhan.

Jasnih Daya dan Dr. Rafiq Idris menjadi panel Bual Bicara IKRAR Manfaat Belanjawan Sabah 2022 yang disiarkan secara live streaming yang dihoskan oleh Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri Sabah, Azrul Ibrahim.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya