Polis Ambil Serius Laporan Pencerobohan Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 25 Second

CYBERJAYA ~~ Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius laporan media bahawa terdapat pihak dari Filipina yang sedang merancang untuk menceroboh Sabah ujar Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Bin Haji Abdullah Sani malam ini.

Katanya PDRM akan mengambil tindakan segera bagi meningkatkan kesiapsiagaan ke tahap tertinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan / ancaman pencerobohan.

Beliau yang megulas mengenai laporan media hari ini bahawa terdapat pihak dari filipina sedang merancang untuk menceroboh sabah itu berkata komitmen dalam perkara ini akan diberikan demi mengelak sebarang insiden pencerobohan berulang di sabah katanya melalui satu kenyataan sebentar tadi

Menurut Acryl lagi PDRM turut mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa filipina dalam aspek perkongsian maklumat risikan mengenai sebarang aktiviti yang boleh mengancam hubungan akrab serta keselamatan kedua-dua negara.

“ setakat ini, tiada pengesahan diterima mengenai pelan yang dimaksudkan dan ianya dipercayai merupakan maklumat yang telah dimanipulasi oleh pihak-pihak yang mencemburui tahap keselamatan serta hubungan rapat antara negeri sabah dengan wilayah selatan filipina”

“ PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di sabah adalah terkawal dan elemen-elemen PDRM sentiasa dalam keadaan siap siaga pada setiap masa untuk menangani sebarang ancaman.

Tambah Acryl lagi, PDRM akan mengesan dan mengenal pasti anasir-anasir yang berkemungkinan terlibat di dalam komplot berkenaan dan katanya sebarang usaha untuk menggugat keselamatan dan kedaulatan negara oleh mana-mana pihak akan diambil tindakan tegas

Sebelum ini kami turut melaporkan Seramai 600 anggota Tentera Diraja Sulu (Royal Sulu Army, RSA) dilaporkan bersedia untuk melancarkan operasi menawan Sabah.

Laporan itu menyatakan terdapat satu pertemuan rahsia dalam kalangan 19 Datuk Bandar di Filipina bagi membincangkan pengambilan 600 tentera bersenjata untuk melakukan serangan yang dijangka pada sekitar Februari 2022, sebagai memperingati peristiwa Lahad Datu 2013.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *