HomeUtamaKYS & SET Memeterai MoU Laksana Usaha Sama Lindungi Hidupan Terancam

KYS & SET Memeterai MoU Laksana Usaha Sama Lindungi Hidupan Terancam

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) dan Sabah Environmental Trust (SET) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi melaksanakan usaha sama sama melindungi dan mengurus spesis terancam di Kompleks Hutan Hujan Lembah Danum – Lembangan Maliau – Kanyon Imbak (DaMaI).

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar berkata, MoU itu bakal menyaksikan usaha terbaharu KYS dan SET dalam memantau dan melindungi hidupan liar terancam yang ada di Kompleks Hutan Hujan DaMaI.

Katanya, menerusi kerjasama itu, kajian akan dilakukan di Lembangan Maliau dan tertumpu kepada spesies tembadau dan gajah.

“Kajian ini akan diterajui oleh ketua penyelidik yang juga merupakan seorang pakar dalam hidupan liar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Saya berharap kajian ini akan dapat membabitkan lebih ramai lagi kakitangan KYS sama ada di peringkat pegawai atau renjer dalam melengkapkan diri mereka dengan kepakaran dan kemampuan, meningkatkan kesedaran serta pengetahuan agar pembangunan kapasiti kakitangan tetap dipertingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangi MoU antara KYS dan SET Pelantikan Khidmat Pakar Perunding Projek Formulasi Pelan Strategik Pengurusan Kawasan Konservasi Pesisiran Pantai Silam (SCCA) di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SET Dr Rahimatsah Amat.

Ghulam berkata, KYS dan SET turut menandatangani dokumen pelantikan khidmat pakar perunding Projek Formulasi Pelan Strategik Pengurusan Kawasan Konservasi Pesisiran Pantai Silam (SCCA) bagi mengukuhkan lagi kolaborasi antara dua pihak.

Katanya, pelan pengurusan strategik ini merangkumi tempoh 10 tahun dari 2023 hingga 2033.

“Selaku konsultan, SET bertanggungjawab untuk mengumpul maklumat, merangka dan menyunting pelan pengurusan strategik tersebut, termasuk mengendalikan ekspedisi saintifik, serta mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan.

“Semoga dengan adanya pelan strategik ini dan kajian terhadap hidupan liar di Kompleks DaMaI, maka usaha memelihara khazanah berharga kita ini akan dapat diteruskan demi manfaat rakyat negeri ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya