HomeIsu tempatanUMS Lancar Laman Web Khas Konvokesyen UMS Ke-23

UMS Lancar Laman Web Khas Konvokesyen UMS Ke-23

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU :Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan Laman Web Khas Konvokesyen UMS Ke-23 sebagai panduan kepada para graduan yang bakal bergraduat pada tahun hadapan.

Laman web khas tersebut boleh diakses menerusi http://konvokesyen.ums.edu.my/ memaparkan maklumat-maklumat berkaitan pengumuman dan notis terkini berkaitan majlis, prosedur majlis, jadual sidang majlis, dan panduan-panduan khas untuk graduan serta panduan am berkaitan majlis konvokesyen.

Laman Web Khas Konvokesyen UMS Ke-23 itu dilancarkan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin dalam satu acara soft launching di Bilik Mesyuarat Lembaga Eksekutif UMS baru-baru ini.

Menurut beliau, laman web khas tersebut diwujudkan dengan tujuan sebagai platform kepada graduan dan ibubapa untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai majlis konvokesyen terutama graduan bagi tahun 2020 dan 2021.

“Diharap dengan adanya laman web ini dapat mengatasi kerisauan dan kebimbangan para graduan UMS serta ibu bapa menjelang pelaksanaan majlis konvokesyen ini,” katanya.

Majlis Konvokesyen UMS kali ke-22 untuk graduan tahun 2020 bakal dilaksanakan secara fizikal pada bulan Mac 2022, manakala Majlis Konvokesyen UMS kali ke-23 untuk graduan tahun 2021 akan dilaksanakan pada Jun 2022.

Bakal graduan tahun hadapan pula akan diraikan pada Majlis Konvokesyen Ke-24 yang akan dilaksanakan pada November 2022.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KPDN Sandakan catat nilai rampasan lebih RM1 juta melibatkan pelbagai kesalahan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya