HomeUtamaKerajaan Negeri Hargai Pengorbanan Barisan Hadapan Mengekang Penularan COVID-19

Kerajaan Negeri Hargai Pengorbanan Barisan Hadapan Mengekang Penularan COVID-19

Read Time:1 Minute, 27 Second

TUARAN: Keputusan kerajaan melonggarkan lebih banyak sektor ekonomi dibuka, menyebabkan tugas dan tanggungjawab petugas barisan hadapan juga semakin bertambah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri amat menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus tanpa mengira masa demi untuk mengekang penularan pandemik COVID-19 khususnya di Sabah.

Katanya, semua pihak masih berusaha menangani krisis yang telah mengorbankan banyak jiwa dan memberi impak negatif yang amat besar ke atas ekonomi, sosial dan cara hidup masyarakat global.

“Pandemik ini juga telah mengubah gaya hidup rakyat kepada norma baharu dengan pengamalan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikuatkuasakan dan perlu dipatuhi.

“Kerajaan Negeri berharap hubungan yang erat di antara barisan petugas hadapan dan juga masyarakat dapat dikekalkan agar kita dapat menjaga keselamatan, keamanan dan kemakmuran di negeri ini,” katanya pada Majlis Penghargaan Sekalung Budi kepada Barisan Hadapan Daerah Tuaran di Grand Ballroom Rasa Ria Resort, di sini semalam.

Hajiji berharap rakyat secara keseluruhannya akan membantu kerajaan menangani pandemik ini dengan mematuhi sepenuhnya SOP yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa.

“Kita bantu barisan hadapan dan sama-sama memikul tanggungjawab untuk melindungi keluarga, komuniti dan negara daripada pandemik COVID-19,” tegasnya.

Beliau juga menyeru petugas barisan hadapan agar memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada kerajaan dengan membantu menjayakan aspirasi pembangunan sejajar dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Katanya, setelah hampir dua tahun berlalu, rakyat pastinya telah berjaya mengadaptasi persekitaran kerja dengan norma baharu.

Hajiji bagi pihak kerajaan negeri turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang hingga kini masih bertungkus-lumus mengawal penularan wabak COVID-19 dalam negara.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah Tuaran dibawah kepimpinan Pegawai Daerah yang komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat semasa pandemik COVID-19.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya