COVID-19 : Kluster Babitkan Pekerja Kapal Dikesan Di Kota Kinabalu

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan satu kluster baharu di tempat kerja di Kota Kinabalu membabitkan sebanyak 22 kes yang dikesan sehingga hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Bahtera Kinabalu itu melibatkan kakitangan kapal MV Orbit Petra.

“Terdapat satu kluster baharu tempat kerja di Kota Kinabalu hari ini, iaitu Kluster Bahtera Kinabalu yang melibatkan kakitangan kapal MV Orbit Petra.

“Kes indeks merupakan seorang anak kapal yang telah disahkan positif dan saringan seterusnya dikalangan kawan sekerja mendapati 21 lagi anak kapal positif dan kini sedang diberikan rawatan sewajarnya,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Sementara itu, Masidi berkata, kes jangkitan COVID-19 di Sabah hari ini mencatat angka baharu yang jauh lebih rendah dengan 127 kes dengan penurunan 41 kes berbanding semalam.

Katanya, hanya lima daerah mencatatkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu 31 kes, Tuaran 22 kes, Penampang 12 kes, Ranau 10 kes dan Tawau 10 kes.

“Sebanyak 13 daerah mencatatkan kes pada satu angka sahaja dan tidak ada kes baharu di sembilan daerah.

“Seramai 124 orang daripada 127 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2 sahaja, tiada kes dalam Kategori 3 dan 5, serta dua kes dalam Kategori 4,”katanya.

Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) masih membuat penilaian ke atas satu kes lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *