110 Kanak-Kanak Sertai Berkhatan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:57 Second

PUTATAN : Seramai 110 kanak-kanak menyertai Program Berkhatan Keluarga Sabah Maju Jaya Pekan Putatan 1443H/2021M.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB), Ahmad Mahmood, kos berkhatan bagi semua kanak-kanak itu disumbangkan oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

“Program berkhatan ini adalah anjuran JKDB Pekan Putatan dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Terdapat lima team perubatan yang mengendalikan operasi berkhatan pada hari ini yang terdiri daripada lima pegawai perubatan dan lima pembantu perubatan dari Klinik Kesihatan Putatan.

“Pasukan perubatan ini diketuai Doktor Pesakit Luar, Norafida Noh merangkap Naib Pengerusi Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS) Kawasan Penampang,” ujarnya.

Tambah Ahmad, pihaknya juga mengadakan program membuka akaun Tabung Haji (TH) sempena program berkenaan oleh 72 orang ibu bapa serta kanak-kanak.

“Kos membuka akaun ini adalah secara percuma dan ia merupakan inisiatif dari penganjur sendiri, manakala kos berkhatan disumbang oleh MUIS,” dedah beliau.

Program tersebut dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya di Masjid Daerah Putatan, hari ini.

Selain menyampaikan bunga telur, Shahelmey turut meluangkan masa melawat dan bermesra dengan para ibu bapa yang mengiringi anak masing-masing./PENERANGAN

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *