Oleh NORMIMIE DIUN
KOTA MARUDU: Seramai 504 mangsa banjir ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini sejak kelmarin.
Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), kesemua mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek.
Katanya, seramai 251 mangsa membabitkan 70 KIR ditempatkan di PPS Dewan SK Teritipan manakala 253 mangsa daripada 97 KIR ditempatkan di Dewan SMK Tandek.
“Setakat ini kesemua mangsa masih berada di PPS walaupun keadaan air banjir semakin surut dan anggota APM masih membuat pemantauan ke kawasan-kawasan terbabit dari masa ke semasa.
“Kampung-kampung yang terjejas akibat banjir iaitu Kg. Asin – Asin, Kg. Beliajung, Kg.Tingkalanon, Kg.Tongkungon, Kg. Taritipan, Kg. Morion, Kg. Tandek dan Kg. Popok Laut,” katanya.