Ganding Bahu Dekati Golongan Muda

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:53 Second

KOTA BELUD : Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kota Belud perlu berganding bahu dalam mendekati golongan muda sebagai usaha untuk mendengar pendapat serta pandangan mereka dalam menentukan dasar-dasar kerajaan.

Ketua Bahagian Bersatu Kota Belud, Datuk Japlin Akim berkata, langkah berkenaan perlu diambil memandangkan mereka adalah pelapis kepada kepimpinan negara di masa hadapan.

Beliau berkata, tidak dinafikan suara serta pandangan generasi Y amat memainkan peranan penting dalam menentukan kelangsungan hidup Perikatan Nasional pada masa akan datang.

“Kita perlu mengambil inisiatif untuk mendekati generasi Y ini memandangkan mereka ini adalah golongan yang mudah terpengaruh dengan maklumat di media sosial tanpa soal selidik.

“Oleh itu, Armada serta Srikandi perlu memainkan peranan penting untuk mendengar pendapat serta pandangan menarik generasi muda sekaligus menepis segala tohmahan yang dilemparkan terhadap kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pertandingan Free Fire Terbuka Kota Belud di Kuala Abai di sini semalam.

Pertandingan Free Fire terbuka Kota Belud merupakan anjuran Persatuan Belia Kuala Abai Kota Belud.

Sebanyak 75 kumpulan dimana setiap kumpulan disertai 4 orang telah menyertai pertandingan ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *