Petugas Bomba berusaha membantu membuka zip seluar yang menyepit kemaluan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun itu.

Bomba Bantu Murid Lelaki Kemaluannya Tersepit Di Zip Seluar

Read Time:36 Second

MEMBAKUT: Keadaan menjadi cemas apabila seorang murid lelaki, kemaluannya tersepit di zip seluar dalam satu kejadian di Klinik Kesihatan Membakut dekat sini pada Selasa.

Menurut satu kenyataan media Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang dikeluarkan hari ini, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Klinik Kesihatan Membakut pada jam 9.52 pagi tadi (11 Jan) mengenai insiden itu.

“Setiba di lokasi kejadian, ketua operasi pasukan Bomba melaporkan terdapat mangsa seorang kanak-kanak sekolah rendah lelaki berusia lingkungan lapan tahun itu lengkap memakai pakaian sekolah dan mendapati kemaluannya tersepit di zip seluarnya.

“Pasukan bomba bertindak memotong zip tersebut dan melonggarkan bahagian yang tersepit dan setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 10:50 pagi,” kata kenyataan itu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *