HomeUtamaCOVID-19 : Acara Sambutan Tahun Baharu Dikhuatiri Cetus Kenaikan Kes Jangkitan

COVID-19 : Acara Sambutan Tahun Baharu Dikhuatiri Cetus Kenaikan Kes Jangkitan

Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU : Pelbagai acara keramaian sempena sambutan Tahun Baharu dikhuatiri menjadi antara punca kenaikan kes jangkitan COVID-19 secara mendadak di Sabah pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes harian pada hari ini naik mendadak sebanyak 92 kes berbanding jumlah semalam menjadikan jumlah baharu sebanyak 253 kes.

“Kita mengharapkan kes yang naik mendadak ini bukan berpunca daripada pelbagai acara sambutan Tahun Baru yang membelakangkan prosedur standard operasi (SOP) dan nasihat-nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang lain.

“Sekiranya acara-acara keramaian menyambut tahun baharu ini punca kenaikan kes, tidak mustahil kita akan menyaksikan jumlah kes harian yang lebih tinggi untuk beberapa waktu akan datang,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, sebanyak 50 daripada 253 kes hari ini atau 19.76 peratus adalah melibatkan kanak-kanak dibawah usia 12 tahun yang belum layak menerima vaksin.

Katanya, statisik jangkitan yang melibatkan kanak-kanak bawah 12 tahun ini agak tinggi dan membimbangkan.

“Adalah diharapkan semua ibu bapa juga guru-guru di sekolah mengambil langkah-langkah dan inisiatif yang boleh mengurangkan risiko jangkitan keatas mereka yang masih belum layak menerima vaksin,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, pada hari ini lebih banyak daerah mencatat kes baharu yang lebih tinggi dengan 10 daerah merekodkan kes dua angka berbanding lima daerah sahaja semalam.

Katanya, antaranya, Kota Kinabalu 49 (+20), Tuaran 29 (+10), Kota Marudu 19 (+14), Penampang 18 (+5) dan Sandakan 15 (+12). Cuma daerah Putatan dan Kunak yang tidak mencatat sebarang kes baharu.

“Adalah diperhatikan bahawa peratusan jumlah kes kategori Saringan Kontak Rapat (45.8 peratus) dan kategori Saringan Bergejala (43.1 peratus) hampir seimbang hari ini.

“Ini secara jelas mencerminkan betapa meluasnya virus COVID-19 berada ditengah-tengah masyarakat serta kelalaian  ramai orang daripada mematuhi pelbagai SOP,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, seramai 248 orang daripada 253 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, dua orang pesakit dalam Kategori 3, dan seorang pesakit masing-masing dalam Kategori 4 dan Kategori 5.

“Satu kes lagi masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya