HomeUtamaCOVID-19 : Penampang Catat Kes Tertinggi Di Sabah

COVID-19 : Penampang Catat Kes Tertinggi Di Sabah

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU :  Kes jangkitan COVID-19 di Sabah turun sebanyak 13 kes berbanding semalam menjadikan jumlah kes kumulatif harian hari ini sebanyak 244 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Penampang menjadi daerah tertinggi mencatatkan jumlah kes jangkitan di Sabah hari ini.

“Daerah Penampang mencatatkan jumlah kes tertinggi hari ini dengan 50 kes (+31), diikuti oleh Kota Kinabalu dengan 44 kes (-21), Ranau 27 kes (+12), Kota Belud 19 kes (+10), Papar 16 kes (-1) dan Tuaran 14 kes (-19).

“Peningkatan yang berlaku di Penampang agak tinggi yakni lebih dua kali ganda berbanding dengan jumlah semalam,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, kesemua enam daerah ini adalah daerah-daerah yang mencatat jumlah kes baharu dua angka.

Katanya, sebanyak 18 daerah hanya mencatatkan kes satu angka sementara Semporna, Kunak dan Tongod tidak merekodkan sebarang kes baharu.

“Sejumlah 241 daripada 244 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2.

“Terdapat dua kes dalam Kategori 3, satu kes dalam Kategori 4 dan tidak ada kes yang direkodkan dalam Kategori 5,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya