HomeIsu tempatanDBKK Anjur Kursus Kesedaran Pelancongan Di Kampung Kokol

DBKK Anjur Kursus Kesedaran Pelancongan Di Kampung Kokol

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Seramai 30 orang penduduk menyertai Kursus Kesedaran Pelancongan anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bertempat di Dewan Kampung Kokol, Menggatal dekat sini baru-baru ini.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, Kursus Kesedaran Pelancongan yang dianjurkan adalah bersempena dengan Acara Sambutan Ulang Tahun Ke-22 Bandaraya Kota Kinabalu dan para peserta adalah terdiri dari komuniti Kampung Kokol, Menggatal.

“Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan kepimpinan peserta-peserta melalui kursus yang dianjurkan selain dapat merapatkan hubungan, kerjasama dan kesepakatan komuniti itu sendiri mahupun dengan agensi luar,” katanya.

Penceramah, Encik Muhammad Uthman Sarimal, AJK Tertinggi PEMADAM Bandaraya Kota Kinabalu menyampaikan taklimat mengenai Isu Penyalahgunaan Dadah Di Pusat Pelancongan. - Foto Ihsan DBKK
Penceramah, Muhammad Uthman Sarimal, AJK Tertinggi PEMADAM Bandaraya Kota Kinabalu menyampaikan taklimat mengenai Isu Penyalahgunaan Dadah Di Pusat Pelancongan. – Foto Ihsan DBKK
Penyelaras Kursus Jabatan Pembangunan Pelancongan Bandaraya, DBKK.
Penyelaras Kursus Jabatan Pembangunan Pelancongan Bandaraya, DBKK. -Foto ihsan DBKK

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh wakil Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun Inanam, Albert Jumitih pada 8 Januari 2022.

Seramai empat orang penceramah kursus telah dijemput untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran mereka semasa kursus ini berlangsung.

Mereka adalah Pengurus Produk, Lembaga Pelancongan Sabah Daniel Roman yang telah menyampaikan Taklimat ‘Kesedaran Pelancongan’, perkongsian ‘Pembangunan Program Homestay’ bersama Penyelaras Homestay Desa Cinta Kobuni, Emalia Rabin manakala perkongsian ‘Penubuhan Koperasi Homestay’ oleh Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Data, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Anasty Majus, dan penceramah terakhir AJK Tertinggi PEMADAM Bandaraya Kota Kinabalu Muhammad Uthman Sarimal yang telah memberi taklimat berkenaan ‘Isu Penyalahgunaan Dadah Di Pusat Pelancongan’.

Noorliza berkata, hasil daripada kursus ini, komuniti Kampung Kokol sepakat untuk menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan di peringkat kampung yang mana Jawatankuasa ini akan menjadi penggerak untuk mengenalpasti produk pelancongan yang berpotensi untuk dibangunkan di kampung tersebut.

Dalam pada itu, pameran PEMADAM Bandaraya Kota Kinabalu serta pembukaan Kaunter Aduan Awam turut diadakan bagi memupuk kesedaran komuniti tentang bahayanya najis dadah dan bagi kemudahan komuniti menyalurkan aduan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya