HomeUtamaCOVID-19 : Pematuhan SOP Pelajar Asrama Perlu Diperketat, Elak Pertambahan Kluster Institusi...

COVID-19 : Pematuhan SOP Pelajar Asrama Perlu Diperketat, Elak Pertambahan Kluster Institusi Pendidikan

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU : Pematuhan prosedur standard operasi (SOP) di semua sekolah khususnya yang melibatkan pelajar asrama perlu terus diperketatkan dan ditingkatkan bagi memastikan tiada penularan wabak COVID-19.

Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sabah Mohammad Arif Sakaran berkata, ia berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang melibatkan kluster-kluster institusi pendidikan sejak beberapa minggu lalu di negeri ini.

“Jika kita lihat, kes jangkitan COVID-19 di Sabah terus meningkat setiap hari terutamanya membabitkan kluster institusi pendidikan yang melibatkan pelajar-pelajar asrama.

“Justeru itu, langkah-langkah perlu dilaksanakan termasuk memperketatkan dan meningkatkan lagi tahap pematuhan SOP dimana jika kita lihat jangkitan ini berlaku di dalam kalangan penghuni asrama itu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Di Bawah Bayu Bersama Rombongan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Marang Terengganu dan Majlis Menandatangani Jaringan Kerjasama PPD Kota Kinabalu dan PPD Marang serta Focal Person Kebangsaan Sabah dan Terengganu disini semalam.

Mohammad Arif berkata, pihak sekolah juga perlu sentiasa memberi pendedahan kepada pelajar mengenai bahaya jangkitan COVID-19.

“Selain menutup sekolah yang terlibat dengan kluster dan pematuhan SOP yang perlu terus diperketatkan, pemberian vaksin kepada anak-anak khususnya yang berusia dibawah 12 tahun juga perlu diberikan.

“Pemberian vaksin terutamanya kepada kanak-kanak dibawah usia 12 tahun perlu diambil peluang dan saya sarankan ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka kerana ini akan dapat mengurangkan jangkitan kepada anak mereka,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, turut diadakan Majlis Menandatangani Jaringan Kerjasama PPD Kota Kinabalu dan PPD Marang serta Focal Person Kebangsaan Sabah dan Terengganu bagi merapatkan persahabatan antara kedua negeri selain mencari jalan penyelesaian terhadap pendidikan di dua negeri berkenaan.

Jaringan kerjasama itu juga adalah untuk mendapatkan satu kejayaan dan kebersamaan bagi menjayakan pendidikan di negara ini.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya