HomeUtamaGangguan Bekalan Elektrik Lebih 10 Jam Di KKIA Pulih

Gangguan Bekalan Elektrik Lebih 10 Jam Di KKIA Pulih

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU : Gangguan bekalan elektrik selama hampir 10 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sejak semalam pulih sepenuhnya kira-kira jam 3.20 pagi hari ini.

Gangguan yang berlaku bermula jam 4.45 petang semalam itu berpunca akibat kerja pemindahan bekalan yang dikendalikan kontraktor lapangan terbang.

Pemangku Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports Kamaruzzaman Razali berkata, kejadian itu hanya menjejaskan beberapa kawasan di terminal berkenaan.

Katanya, pemprosesan penumpang dapat dilaksanakan seperti biasa menggunakan bekalan elektrik alternatif yang disediakan menggunakan beberapa set janakuasa.

“Operasi pesawat seperti pendaratan dan pelepasan juga tidak terjejas dan tiada penerbangan yang tertangguh akibat insiden berkenaan.

“Namun kita kesal dengan insiden itu dan kami memohon maaf atas ketidakselesaan yang dialami oleh tetamu lapangan terbang dan rakan peruncit ketika gangguan bekalan elektrik berkenaan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Kamaruzzaman berkata, pasukan teknikal lapangan terbang turut dikerah untuk menyelesaikan masalah itu dan bekerja tanpa henti bersama kontraktor untuk memulihkan bekalan utama elektrik.

Katanya, tenaga kerja tambahan turut dikerah ke kawasan yang terjejas demi keselamatan penumpang.

“Pasukan lapangan terbang juga sangat komited memastikan pergerakan penerbangan tidak terjejas sepanjang tempoh gangguan bekalan elektrik.

“Semua 14 pelepasan dan 22 ketibaan penerbangan berjalan dengan lancar dengan pesawat terakhir berlepas dari KKIA pada jam 12.40 pagi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam satu kenyataan berkata, gangguan bekalan elektrik yang berlaku di KKIA pada Rabu lalu adalah disebabkan masalah teknikal dalaman pihak KKIA.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Ir. Idris Mohd Noor berkata tiada sebarang masalah atau gangguan pada sistem bekalan elektrik dari pencawang elektrik milik SESB yang membekalkan elektrik ke KKIA pada hari kejadian.

“Pihak SESB telah menghubungi pihak Malaysia Airport Berhad (MAB) dan dimaklumkan bahawa terdapat masalah pada kabel dan peralatan suis di premis mereka di KKIA,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular