HomeIsu tempatanCubaan Seludup Petrol Bersubsidi Digagalkan

Cubaan Seludup Petrol Bersubsidi Digagalkan

Read Time:1 Minute, 13 Second

SEMPORNA : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna telah menggagalkan cubaan sebuah bot laju menyeludup keluar minyak petrol di perairan Kampung Batu, Semporna sekitar jam 12.15 tengah malam, semalam.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, semasa rondaan, bot ronda telah mengesan sebuah bot enjin sangkut tanpa nombor pendaftaran berwarna biru di lokasi lebih kurang satu batu nautika timur Kampung Batu, Semporna.

“Semasa dirapati, tekong bot telah bertindak mengemudi bot ke kawasan lebih cetek dan bertindak terjun melarikan diri ke daratan berhampiran.

“Pemeriksaan ke atas bot menemui tong-tong berisi minyak petrol dengan anggaran sebanyak 750 liter dan dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Norrimi berkata, nilai rampasan termasuk sebuah bot dengan dua enjin bernilai lebih kurang RM17,000 keseluruhannya.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan pemilik bot serta dalang di sebalik kegiatan ini.

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Katanya, Zon Maritim Semporna akan terus memperkasakan rondaan dan penguatkuasaan di sekitar kawasan ‘hot spot’ terutamanya sekitar sempadan perairan negara bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan kemasukan PATI ke negeri Sabah melalui jalan laut.

Tambahnya, Maritim Malaysia menyeru kepada mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan atau lain-lain kegiatan jenayah maritim untuk menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya