HomeIsu tempatanDua Mangsa Dikhuatiri Hanyut Ditemui Maut

Dua Mangsa Dikhuatiri Hanyut Ditemui Maut

Read Time:1 Minute, 28 Second

KUDAT :  Dua mangsa yang dikhuatiri hanyut dibawa arus ketika memasang pukat di Pantai Pirate Point, Kampung Parapat Laut, Kudat pada petang 3 Mac lalu telah ditemui maut.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau mengesahkan penemuan kedua-dua mayat mangsa berikutan penemuan satu mayat sekitar jam 6 petang semalam dan mangsa kedua ditemui jam 8 pagi tadi.

Terdahulu, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kota Kinabalu telah mengaktifkan Operasi Carilamat pada petang Rabu lalu sejurus mendapat maklumat kejadian dan turut menubuhkan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di Kampung Parapat Laut.

Dalam kejadian tersebut, kedua-dua mangsa dilaporkan telah hilang dari penglihatan pengadu semasa memasang pukat di pesisir pantai.

Usaha-usaha mencari mangsa yang hilang, Maclin Majaun, 29, dan Aewaeindar Fedelex Olliong, 20, telah dilakukan pengadu bersama empat bot penduduk kampung namun tidak berjaya ditemui.

Sekitar jam 6 petang semalam mayat seorang mangsa Maclin Majaun, 29, telah ditemui manakala pada jam 8 pagi tadi, mayat Aewaeindar Fedelix Olliong, 20, ditemui.

Kedua-dua mangsa yang ditemui maut disahkan oleh ahli keluarga.

Operasi CARILAMAT hari ketiga meliputi keluasan pencarian 78 batu nautika persegi.

Dua bot Maritim Malaysia diatur gerak bagi melaksanakan pencarian dan turut dibantu aset daripada agensi sahabat iaitu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA) serta Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM).

Dengan penemuan kedua-dua mangsa ini, Maritim Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi sahabat iaitu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta komuniti maritim yang terlibat sepanjang Operasi CARILAMAT dilaksanakan.

Maritim Malaysia mohon kerjasama daripada komuniti maritim untuk melaporkan sebarang maklumat berkaitan kejadian dan kecemasan yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24jam.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya