HomeIsu tempatanPerkhidmatan Pergigian Percuma Tingkatkan Kesihatan Komuniti

Perkhidmatan Pergigian Percuma Tingkatkan Kesihatan Komuniti

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Penyampaian perkhidmatan pergigian secara terus dan percuma diharap dapat meningkatkan lagi kesihatan komuniti khususnya golongan B40.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, Kampung Angkat Pergigian Daerah Putatan dilancarkan sebagai usaha menambah baik akses perkhidmatan, kesedaran dan pengetahuan tentang kesihatan pergigian. 

“Program Kampung Angkat Pergigian merupakan satu langkah relevan untuk meningkatkan taraf kesihatan pergigian dan para pemimpin akar umbi diseru memberi kerjasama menjayakan objektif program,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Kampung Angkat Pergigian Daerah Putatan di Kampung Muhibah yang dipilih sebagai perintis, disini semalam.

Shahelmey berkata, melalui program itu, rawatan pergigian akan dibuat dengan lawatan berkala rumah ke rumah terutamanya pada musim cuti sekolah di kampung yang terlibat. 

“Ini selaras dengan hala tuju Sabah Maju Jaya iaitu merakyatkan perkhidmatan dan program relevan sebegini akan diperluas ke kawasan-kawasan yang lain sekaligus mengekalkan kesinambungan pemberian perkhidmatan kesihatan masyarakat.

“Hal ini akan memberi manfaat di era pasca pandemik COVID-19 dengan aspek promosi kesihatan menjadi tumpuan termasuk pergigian,” katanya.

Katanya, berdasarkan National Oral Health Survey of School Children 2017, 99.8 peratus pelajar sekolah rendah di Malaysia memerlukan rawatan pergigian, manakala kajian pada 2010 pula menunjukkan 93.9 peratus golongan dewasa mempunyai masalah periodontium dan pertambahan keperluan gigi palsu dalam kalangan ramai warga emas. 

“Merujuk kepada Surat Pekeliling Bahagian Kewangan Bilangan 1 Tahun 2013 (Pengecualian Bayaran Caj Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Di Luar Hospital / Fasiliti KKM) 43, tiada caj rawatan bagi aktiviti pemeriksaan dan rawatan pergigian bagi meningkat kebolehcapaian perkhidmatan kesihatan di kawasan pedalaman untuk golongan yang kurang berkemampuan.

“Namun, bagi pembuatan gigi palsu melalui makmal pergigian bergerak akan dikenakan caj berdasarkan perintah Fi (Perubatan 1982),” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Putatan, Haryani Anah dan Ketua Daerah Mahkamah Anak Negeri Putatan, Datuk Mohd Dahali Matsin.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya